Teruja lapah lembu korban selepas 15 tahun peluk Islam

Oleh -Syeikh Baran


Teruja lapah lembu korban selepas 15 tahun peluk Islam
ZULKIFLI (kanan) diberi tunjuk ajar bagi memotong bahagian daging korban pada Program Korban Perdana di Kampung Pegoh, Melaka, hari ini.

Kira-kira 160 golongan mualaf dan asnaf yang terdiri daripada masyarakat orang Asli di sini teruja apabila diberi peluang melapah dan memotong sendiri lembu sado serta kambing sempena Program Korban Perdana.

Seorang peserta, Zulkifli Abdullah, 34, berkata, dia yang dari suku kaum Temuan telah memeluk agama Islam sejak 15 tahun lalu tetapi itu adalah kali pertama diberikan peluang melapah sendiri daging lembu untuk diagihkan kepada saudara Islam.



“Sebelum ini saya pernah tengok orang korban lembu tetapi tidak pernah dipanggil untuk terlibat sama dalam kerja-kerja melapah dan memotong daging.

“Memang saya rasa seronok sangat hari ini kerana dapat merasai sendiri suasana ibadah korban, selain mempelajari tentang niat, syarat sah serta pembahagian daging korban,” katanya ketika ditemui di Kampung Pegoh, hari ini.

Pada program itu, lembu sado seberat 700 kilogram (kg) dan dua ekor kambing telah disumbangkan oleh Pertubuhan Akademi Al Bayan dengan dua daripada ternakan turut diniatkan bagi golongan asnaf.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button