Wanita selamatkan anak cedera dirempuh kerbau korban

Oleh – Syeikh Baran


Wanita selamatkan anak cedera dirempuh kerbau korban
Tangkap layar tular video kejadian memaparkan seekor kerbau terlepas ketika penduduk kampung sedang bergotong-royong melaksanakan ibadah korban di Kampung Rampayan. -Foto: Ihsan Laman Sosial-

Seorang wanita cedera selepas disondol seekor kerbau yang terlepas daripada ikatan ketika hendak dikorbankan di Kampung Rampayan, Menggatal semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa berusia 40-an retak tulang kaki kiri dan dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.



Timbalan Pengerusi Surau Ar-Rahman Kampung Tobur berkata, ketika kejadian penduduk kampung sedang bersiap untuk melaksanakan penyembelihan ibadah korban melibatkan lima ekor kerbau.

“Ketika kejadian, penduduk kampung sedang memindahkan kerbau untuk disembelih. Namun, salah satu tali pada kerbau tiba-tiba terputus dan menyebabkan haiwan itu terlepas.

“Kerbau terbabit kemudiannya berlari dan berpusing di sekitar kawasan penyembelihan sambil merempuh penduduk kampung yang berada di tempat kejadian,” katanya.

Jelasnya, wanita tersebut yang dikatakan mahu menyelamatkan anaknya telah dirempuh oleh haiwan berkenaan sehingga cedera.



“Susulan itu, penduduk kampung terpaksa menghubungi ambulans untuk mendapatkan bantuan awal dan membawa mangsa ke hospital.

“Selepas diperiksa, mangsa mengalami keretakan pada tulang kaki kiri dan terpaksa dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Katanya, haiwan korban itu bagaimanapun selamat disembelih selepas berjaya ditangkap semula oleh penduduk.

Terdahulu, tular video kejadian berkenaan memaparkan kerbau terbabit terlepas ketika penduduk kampung sedang bergotong-royong melaksanakan ibadah korban.



Sumber – KOSMO! ONLINE.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button