Warga emas pandu Kancil maut dirempuh Hilux
Oleh – Syeikh Baran
Seorang lelaki warga emas maut selepas Perodua Kancil dipandunya dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda dalam kejadian di Jalan Saratok-Roban, pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 7.22 pagi dan segera menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok ke lokasi.
“Setiba di lokasi mendapati pemandu kereta Perodua Kancil terbaring di luar kenderaan tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Pemandu dan penumpang Toyota Hilux terbabit yang masing-masing berusia 38 dan 22 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Beliau berkata, pasukan bomba bertindak mengalih mangsa dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Sumber – KOSMO! ONLINE