LHDN kenal pasti individu, syarikat kripto kesan ketirisan cukai

Oleh – Syeikh Baran


LHDN kenal pasti individu, syarikat kripto kesan ketirisan cukai
Abu Tariq bercakap ketika sidang media di Hotel Zenith Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah mengenal pasti beberapa individu dan syarikat yang menjalankan perdagangan mata wang kripto dalam usaha mengurangkan isu ketirisan cukai.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin berkata, pihaknya mendapati kekerapan transaksi dagangan mata wang kripto itu adalah tinggi.



Beliau berkata, LHDN kini dalam proses semakan data untuk menentukan sama ada berlaku isu percukaian atau tidak.

“Kita tahu bahawa dalam sesuatu keadaan jika jumlah transaksi adalah tinggi dan sebagainya, apa-apa daripada keuntungan kripto ini juga tertakluk kepada cukai.

“Mereka yang menjalankan aktiviti ini dalam volume (merujuk kepada kekerapan transaksi) yang tinggi dan tidak membuat apa-apa pelaporan kepada kita,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil penyertaan Program Tadbir Urus Percukaian Korporat (TCG) (eng: Tax Corporate Governance) di sini hari ini.

Sebelum ini, operasi pematuhan khas LHDN (Ops Token) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia dan CyberSecurity Malaysia (CSM) telah berjaya menumpaskan isu ketirisan cukai membabitkan perdagangan wang kripto.



Operasi itu dilaksanakan di 10 lokasi berbeza sekitar Lembah Klang secara serentak.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button