Miza Ozawa hamil 6 bulan tetap cari ‘pelanggan’ didakwa
Oleh – Syeikh Baran
Seorang wanita yang hamil enam bulan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini hari ini atas pertuduhan mencari langganan dalam aktiviti persundalan yang dikenali sebagai ‘Miza Ozawa’.
Tertuduh, Siti Amiza Baharuddin, 27, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurdiyanah Mohd. Nawawi.
Mahkamah kemudian menetapkan 24 Jun ini bagi fakta kes dan jatuh hukuman yang mana pertuduhan tersebut akan didengar di Mahkamah Sesyen.
Mengikut pertuduhan pilihan, Siti Amiza didakwa mencari langganan bagi maksud persundalan di sebuah kondominium di Bukit Mahkota di sini pukul 4 petang pada 6 Jun lalu.
Justeru pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda atau kedua-duanya.
Sementara itu, dalam prosiding sama, Siti Amiza turut dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM12,500 selepas mengaku bersalah memiliki bahan lucah dan ubat tidak berdaftar tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan pada tempat, waktu dan tarikh sama.
Sumber – KOSMO! ONLINE