Penyeludup tinggalkan Mitsubishi Pajero penuh daun ketum dalam hutan

Oleh – Syeikh Baran


Penyeludup tinggalkan Mitsubishi Pajero penuh daun ketum dalam hutan
Mitsubishi Pajero yang penuh dengan muatan daun ketum ditemui ditinggalkan di kawasan hutan dekat sempadan Malaysia-Thailand, dekat Kuala Nerang malam tadi.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup 720 kilogram (kg) daun ketum ke Thailand menerusi kawasan hutan dekat sempadan negara di sini, malam tadi.

Menurut 2 Divisyen dalam satu kenyataan di sini hari ini, pasukan operasi menemui sebuah kenderaan yang ditinggalkan di situ pada pukul 9 malam.



“Hasil siasatan mendapati kenderaan jenis Mitsubishi Pajero itu dipenuhi muatan 720kg daun ketum dianggarkan bernilai RM57,600.

“Kawasan kejadian adalah di sektor Kawasan Tanggungjawab Briged Keenam Infantri Malaysia (KTJ 6 Bgd),” katanya.

Ujarnya, kesemua 71 bungkusan dan kenderaan tersebut dengan anggaran nilai keseluruhan RM77,600 diserahkan kepada Balai Polis Kuala Nerang untuk tindakan lanjut.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button