Presiden PPBM Arahkan PAS Supaya Tidak Bertanding Di DUN Nenggiri

Presiden PPBM Arahkan PAS Supaya Tidak Bertanding Di DUN Nenggiri

Presiden PPBM Arahkan PAS Supaya Tidak Bertanding Di DUN Nenggiri

 

Ekoran pengisytiharan yang dibuat oleh YDP DUN Kelantan, Mohd Amar, mengenai kekosongan kerusi DUN Nenggiri, Presiden PPBM, Muhyiddin Yasin, dengan segera memberikan respon.

Dalam ciapan yang beliau lakukan di akau Facebook beliau, Muhyiddin menyatakan kesiapsiagaan PPBM untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Nenggiri.



“Kekosongan ini berlaku susulan notis yang dihantar oleh parti PPBM kepada Speaker DUN Kelantan.”

“Ia berhubung terhentinya keahlian ADUN Nenggiri dari parti PPBM secara serta-merta kerana telah melanggar Fasal 10.4 Perlembagaan PPBM.”

“Keputusan Speaker DUN Kelantan ini adalah selaras dengan Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan.”

“Yang memperuntukkan berlakunya kekosongan luar jangka bagi kerusi DUN yang wakil rakyatnya telah terhenti keahlian partinya secara serta-merta.”



“Peruntukan ini adalah selaras dengan undang-undang antilompat parti di bawah Perlembagaan Persekutuan.”

“PPBM bersama parti anggota Perikatan Nasional bersedia untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Nenggiri yang akan diadakan pada tarikh yang akan ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” ciap Muhyiddin.

Kenyataan Muhyiddin jelas memberikan mesej atau boleh ditafsirkan sebagai arahan kepada PAS supaya jangan bertanding di DUN Nenggiri.

Walau pun ianya dilihat sangat tidak wajar kerana kita mengetahui DUN Nenggiri dimenangi PPBM dengan ehsan dan bantuan PAS.



Tanpa sokongan dan undi ahli PAS, adalah sangat mustahil untuk PPBM memenanginya dalam PRN Kelantan yang lepas.

Realitinya, pilihanraya kecil tidak akan berlaku dalam masa yang terdekat.

Ini kerana ADUN Nenggiri, Mohd Azizi Abu Naim, akan mencabar pengisytiharan tersebut ke mahkamah.

Ada beberapa masalah teknikal yang akan beliau bentangkan di mahkamah untuk membatalkan pengisytiharan kekosongan tersebut.



Dan walau pun mahkamah membuat keputusan pengisytiharan tersebut adalah sah, ianya masih lagi boleh dibuat rayuan di 2 peringkat mahkamah yang lebih tinggi.

Sekiranya kalah, Mohd Azizi masih lagi boleh melakukan semakan kehakiman.

Banyak lagi proses yang perlu dilalui, jadi Muhyiddin jangan kelam kabut ayam, tunggu proses perundangan habis dulu.

 



Presiden PPBM Arahkan PAS Supaya Tidak Bertanding Di DUN Nenggiri

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button