Warga SMK Kuala Nerang terkejut bangunan asrama terbakar

Oleh – Syeikh Baran


Warga SMK Kuala Nerang terkejut bangunan asrama terbakar
Anggota bomba memadam kebakaran di aras tiga bangunan yang menempatkan bilik asrama SMK Kuala Nerang, Kedah pagi tadi.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Nerang, di sini terkejut apabila bangunan asrama sekolah itu terbakar dalam kejadian sekitar 7.30 pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Nerang, Penolong Penguasa Bomba Mohd Aminuddin Mad Khozali berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 7.37 pagi.



Katanya, inisiden terbabit melibatkan dua unit bilik asrama yang dijadikan tempat penyimpanan barang serta bilik air di aras tiga bangunan musnah 90 peratus.

“Tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu kerana difahamkan pelajar sesi pagi baru hendak memulakan sesi persekolahan, manakala pelajar sesi petang sedang menjalankan kegiatan riadah.

“Operasi pemadaman melibatkan dua jentera dari BBP Kuala Nerang dan api dapat dikawal pada pukul 7.55 pagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button