‘Babi terbang’ dalam nahas Mercedes-Benz

Oleh – Syeikh Baran


‘Babi terbang’ dalam nahas Mercedes-Benz
Gambar BONET sebuah kereta Mercedes-Benz dipenuhi dengan daging babi di daerah Sam Phran kelmarin – Foto KhaoSod

Sebuah kereta Mercedes-Benz dan trak pikap membawa daging babi segar terlibat dalam kemalangan di daerah Sam Phran dalam wilayah Nakhon Pathom, lapor portal berita Thaiger semalam.

Nahas berdekatan sebuah persimpangan itu mengakibatkan lapan orang cedera, manakala daging haiwan tersebut melambung dan bertaburan di atas jalan raya dengan sebahagiannya melekat pada bonet Mercedes-Benz.



Pasukan penyelamat memberikan pertolongan cemas di lokasi kejadian sebelum membawa semua mangsa yang cedera ke hospital berdekatan.

Dalam kejadian pada pukul 6 petang (waktu tempatan) itu, bahagian belakang trak pikap tersebut remuk. 

Bahagian depan kereta Mercedes-Benz itu juga remuk teruk.

Menurut siasatan awal, pikap itu berhenti di lampu isyarat merah dan memecut laju apabila lampu isyarat bertukar hijau.



Ketika itu, sebuah kereta Mercedes-Benz yang dipandu laju melanggar bahagian belakangnya dengan kuat.

Polis masih menyiasat kejadian itu. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button