Duda tikam tunang bekas isteri didakwa esok

Oleh – Syeikh Baran


Duda tikam tunang bekas isteri didakwa esok
Suspek akan dihadapkan di Mahkamah Sesyen George Town, pagi esok.

Seorang duda yang juga mekanik akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini esok selepas dipercayai bertindak menikam tunang bekas isterinya dengan menggunakan sebilah pisau lipat, 10 Jun lalu.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah kawasan berhampiran rumah mangsa berusia 43 tahun di Bukit Gambir di sini, kira-kira pukul 6 pagi.



Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen George Town atas pertuduhan cubaan membunuh, pada pukul 9 pagi esok.

“Pertuduhan dilakukan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan,” katanya di sini.

Difahamkan, dalam kejadian tersebut, suspek datang ke rumah mangsa bagi tujuan mengambil anaknya yang tinggal bersama bekas isteri.

Berlaku pertengkaran antara suspek dengan bekas isterinya menyebabkan lelaki berusia 33 tahun itu dipercayai cuba bertindak menikam wanita itu dengan pisau lipat.



Ketika itu, tunang wanita tersebut dikatakan cuba menghalang tindakan suspek namun telah terkena tikaman pada beberapa bahagian badan termasuk dagu dan leher.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button