Henti Lotus’s Scan & Shop ekoran salah guna

Henti Lotus’s Scan & Shop ekoran salah guna

Henti Lotus's Scan & Shop ekoran salah guna

LOTUSS Stores (Malaysia) Sdn Bhd (Lotus’s Malaysia), menghentikan penggunaan aplikasi Lotus’s Scan & Shop berikutan terdapat insiden penyalahgunaan oleh pelanggan.

Sumber Lotus’s Malaysia memaklumkan memang wujud pelanggan tidak mengimbas barangan dalam troli yang sepatutnya dilakukan sebelum membuat pembayaran.



Katanya, akibat insiden itu Lotus’s Malaysia turut mengalami beberapa kerugian.

“Aplikasi Scan & Shop yang diperkenalkan sebelum ini dihentikan atas sebab ada insiden penyalahgunaan.

“Bagaimanapun kami tidak dapat mendedahkan maklumat lanjut berkaitan kerugian ditanggung.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Wan Saiful Cuba Beri Tekanan Kepada YDP Dewan Rakyat




“Namun, dari segi pengawasan, memang kami dapati berlaku kerugian,” katanya.

Menurutnya, sejak aplikasi itu diperkenalkan pada 2021, hanya 10 peratus pelanggan memanfaatkan kemudahan berkenaan.

“Selepas aplikasi ini dihentikan, buat masa ini kami belum merancang menggantikan dengan aplikasi lain.



“Namun, kami sedia menambah baik perkhidmatan kaunter pembayaran bagi mengurangkan masa menunggu.

“Pelanggan masih boleh membuat pembayaran di laluan self-checkout and express bagi belian sebanyak 10 barang ke bawah,” katanya.

Aplikasi Scan & Shop membolehkan pelanggan menggunakan telefon pintar masing-masing sebagai pengimbas untuk mengetahui harga produk.

Setiap produk dimasukkan dalam beg beli-belah pada aplikasi itu membolehkan pembayaran dibuat selepas mengimbas kod QR.



Dengan menggunakan aplikasi berkenaan, pelanggan dapat membuat senarai pembelian dengan lebih teratur selain merancang perbelanjaan lebih baik.

Penggunaan aplikasi ini juga menjimatkan masa di kaunter pembayaran kerana pelanggan tidak perlu mengeluarkan semula barangan dari troli mereka untuk imbasan di kaunter pembayaran oleh juruwang.

Henti Lotus’s Scan & Shop ekoran salah guna

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Annuar Musa Keluar Dari Gua Untuk Bertanding Dalam Pilihanraya Kecil



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button