Lelaki lemas ketika cuba selamatkan adik, anak saudara

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki lemas ketika cuba selamatkan adik, anak saudara
Gambar Hiasan

Hasrat seorang lelaki untuk menyelamatkan adik serta anak saudaranya yang hampir lemas bertukar tragedi apabila dia tenggelam di dasar sungai dalam kejadian di Sungai Dewata pada Selasa lalu.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, mangsa berumur 33 tahun itu disahkan meninggal dunia sewaktu ahli keluarga membawa mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.



Adik serta anak saudara mangsa masing-masing berusia 16 dan 10 tahun berjaya diselamatkan oleh ahli keluarga lain.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama beberapa ahli keluarga datang ke lokasi bagi melakukan aktiviti berkelah.

“Bagaimanapun, anak saudara dan adik mangsa yang sedang mandi di tepi sungai secara tiba-tiba dihanyutkan arus deras. Mangsa bersama dua ahli keluarga lain yang menyedari kejadian itu terus terjun ke sungai untuk menyelamatkan remaja dan kanak-kanak terbabit.

“Namun, mangsa pula disedari tidak timbul ke permukaan air sebelum dua ahli keluarganya kembali ke sungai untuk mencarinya. Mangsa akhirnya ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus dibawa ke Hospital Lahad Datu untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan media hari ini.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button