Lelaki serah diri selepas bunuh isteri

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki serah diri selepas bunuh isteri
Gambar Hiasan

Seorang lelaki menyerah diri kepada polis selepas dipercayai membunuh isterinya menggunakan sebilah pisau dalam kejadian di sebuah hotel di sini hari ini.

Lelaki berusia 37 tahun itu hadir menyerah diri di Balai Polis Batu Gajah pada pukul 2 petang.



Difahamkan, pasangan suami isteri itu mengalami masalah rumah tangga dan kini dalam proses penceraian.

Sementara itu, Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd. Yusri Hassan Basri ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek dan memberitahu siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button