Lori terjunam ke cerun alami masalah brek

Oleh – Syeikh Baran


Lori terjunam ke cerun alami masalah brek
SEBUAH lori dipandu lelaki berusia 24 tahun terjunam ke cerun bukit di tepi lebuh raya di Alor Gajah, Melaka selepas mengalami masalah brek.

Sebuah lori terjunam ke cerun selepas dipercayai mengalami masalah brek di Kilometer 207.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara), malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.30 malam itu, pemandu berusia 24 tahun bagaimanapun terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan dan kaki.



Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, siasatan awal mendapati lori itu yang dalam perjalanan dari Melaka menghala ke Kuala Lumpur mengalami masalah teknikal sebelum terbabas.

“Kita percaya lori tanpa muatan itu mengalami masalah brek dan telah melanggar pengadang jalan sebelah kiri sebelum terjunam ke cerun.

“Akibat kemalangan itu lori tersebut mengalami kerosakan teruk, namun pemandu hanya mengalami cedera ringan dan dihantar ke Hospital Alor Gajah bagi menerima rawatan,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujarnya, siasatan lanjut sedang diteruskan oleh pegawai penyiasat sebelum kes dapat diklasifikan.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button