Penumpang panik gerabak LRT jadi panas lalu sebelah bangunan terbakar
Oleh – Syeikh Baran
Penumpang transit aliran ringan (LRT) cemas apabila gerabak yang mereka naik tiba-tiba terasa bahang apabila melalui satu kawasan yang sedang marak terbakar.
Melalui perkongsian di aplikasi X, kejadian itu dikatakan berlaku semasa LRT laluan Sri Petaling itu melalui sebuah bangunan terbakar berhampiran Stesen Pudu.
Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, kelihatan beberapa orang penumpang cemas apabila melihat api yang marak berhampiran landasan LRT berkenaan.
“Saya salah seorang penumpang, tiba-tiba rasa ada sesuatu besar depan mata. Angkat saja muka terus berderau darah terasa bahang api dalam gerabak,” kata Zreen.
Sementara itu, seorang lagi pengguna berkata, suasana ketika itu tidak dapat dibayangkan dan membuat keadaan menjadi cemas.
“Saya berada di dalam gerabak itu semasa melalui kawasan kebakaran. Sesuatu yang tidak dapat dibayangkan selain keadaan jadi sangat bahang di dalam gerabak,” kata Vijay.
Terdahulu, Kosmo! semalam melaporkan sebanyak tujuh buah rumah setinggan hangus dalam satu kebakaran di Jalan Pudu malam semalam.
Sumber – KOSMO! ONLINE