Sebelum Menyibuk Pasal MAHB, Mahathir Jawab Dulu Kenapa Jual IHH

Sebelum Menyibuk Pasal MAHB, Mahathir Jawab Dulu Kenapa Jual IHH

Sebelum Menyibuk Pasal MAHB, Mahathir Jawab Dulu Kenapa Jual IHH

 

Melalui akaun rasmi X, Dr Mahathir mempersoalkan keputusan kerajaan untuk menjual sebahagian saham MAHB kepada BlackRock, sebuah syarikat Amerika Syarikat yang menyokong  rejim Israel.

Sebelum mengupas lebih jauh, penulis perlu membuat pengakuan bahawa penulis juga sebenarnya membantah keputusan tersebut.



Tetapi penulis tidak mahu isu penjualan saham MAHB kepada BlackRock di manipulasi untuk mendapatkan populariti politik murahan.

Dr Mahathir berkata pada mulanya, sangkaannya adalah kerana MAHB mencatatkan kerugian.

Bagaimanapun, kemudiannya, beliau mendapat tahu ia tidak benar.

“Apabila saya dengar syarikat MAHB akan menjual sahamnya kepada syarikat Amerika, sangkaan saya ialah MAHB rugi.”



“Sekarang saya dapat tahu bahawa MAHB untung sebanyak RM543 juta bagi tahun 2023.”

“Tak banyak syarikat yang dapat untung seperti ini.”

“Kenapa nak jual 30 peratus kepada syarikat Amerika yang menyokong Israel?”

“Saya tak faham.”



“Mungkin ada udang di sebalik batu?” kata Dr Mahathir.

Kalau Dr Mahathir tidak faham, biar penulis beri keterangan supaya Dr Mahathir faham.

Pada akhir tahun 2018 selepas PRU-14, pentadbiran Dr Mahathir dalam kerajaan PH 1.0 telah menjual pegangan 16% saham IHH Berhad kepada syarikat Jepun Mitsui dengan harga RM8.42 bilion.

Syarikat Jepun menjadi pemilik saham terbesar dalam IHH Berhad dengan kepentingan saham sebanyak 33%.



Mereka jadi boss manakala Khazanah tinggal kepentingan saham sebanyak 26% sahaja.

Selepas itu, Mitsui membuat tawaran untuk membeli keseluruhan syarikat IHH Berhad.

Tawaran sudah dibuat kepada Khazanah untuk membeli baki saham yang dimiliknya.

Selepas dijual sepenuhnya, pengerusi Khazanah (Muhyiddin Yasin) akan dapat durian runtuh bernilai sebanyak RM13 bilion lagi.



Iaitu RM21.4 bilion secara keseluruhan sejak penjualan pertama.

Ketika itu, Khazanah baru sahaja jual Silterra.

Jual lagi saham-saham Telekom Malaysia bernilai RM312 juta.

Sedang pertimbang jual Airport Subang, setelah menjual saham RM1 bilion dalam Tenaga Nasional



Jadi sebelum menyibuk pasal saham MAHB, jawab dulu kenapa Khazanah jual saham-saham tersebut di era pemerintahan beliau.

Dah faham sekarang!!!

 

Sebelum Menyibuk Pasal MAHB, Mahathir Jawab Dulu Kenapa Jual IHH

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button