TUKAR 14 MOU/MOA KUKUH KERJASAMA
TUKAR 14 MOU/MOA KUKUH KERJASAMA
SEBANYAK 14 memorandum persefahaman, memorandum perjanjian (MoU/MoA), protokol dan kenyataan bersama melibatkan sembilan kementerian ditukar antara Malaysia dan China semalam, disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China Li Qiang.
Pertukaran dokumen itu dalam lawatan rasmi Li ke Malaysia yang juga merupakan lawatan pertamanya ke negara ini sebagai Perdana Menteri, bersempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.
Beliau berada di sini untuk lawatan rasmi selama tiga hari mulai Selasa.
Sembilan kementerian itu ialah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti); Kementerian Kewangan; Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Dalam Negeri; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (Mosti); Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT); Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya serta Kementerian Komunikasi.
Untuk Miti, pertukaran dokumen melibatkan dua MoU untuk mengukuhkan kerjasama pelaburan dalam ekonomi digital dan menggalakkan kerjasama pelaburan dalam pembangunan hijau.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- PPBM Akan Berputih Mata Sekiranya YDP Dewan Rakyat Membuat Keputusan Bertentangan Dari Keputusan YDP DUN Kelantan
- Perlukah Perdana Menteri Yang Umumkan Penurunan Harga Telur
Selain MoU tersebut, Malaysia dan China memeterai kitaran kedua program lima tahun Malaysia-China untuk kerjasama ekonomi dan perdagangan bagi meningkatkan hubungan industri dalam sektor yang menjadi keutamaan seperti pembuatan peringkat tinggi dan ekonomi digital.
Program itu juga akan meningkatkan kerjasama dalam bidang robotik, pembangunan usahawan, inovasi dan syarikat pemula niaga, selain penyelidikan dan pembangunan dalam pertanian dan industri utama.
Bagi Kementerian Komunikasi, dua MoU telah ditukar. MoU pertama dengan China Media Group mengenai kerjasama dalam bidang media manakala MoU kedua untuk mengukuhkan kerjasama dalam bidang pos antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan China State Postal Bureau.
Di bawah Kementerian Kewangan, pertukaran dokumen melibatkan kenyataan bersama mengenai tetingkap tunggal kebangsaan untuk inisiatif perdagangan rentas sempadan manakala di bawah KPT, MoU adalah mengenai kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi.
Di bawah Mosti, MoU mengenai program pertukaran rakyat kepada rakyat sains dan teknologi serta di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, pertukaran MoU untuk bidang perumahan dan pembangunan bandar.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Membawa Sukarelawan Mengajar Bahasa Inggeris Dari Singapura, Apakah Ada Agenda Tersembunyi?
- Tun Raus persembahkan laporan RCI Batu Puteh kepada YDPA, semoga ada yang didakwa jika bersalah.
Menteri Undang undang mesti tangani Isu Johor dengan segera – Datuk Tengku Putera.
Terdahulu, kedua-dua pemimpin mengadakan pertemuan tertutup untuk membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia dan China dan bertukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.
Seterusnya, Anwar meraikan rakan sejawatannya itu, Li dalam majlis makan tengah hari di Seri Perdana di sini.
Li turut dijadual menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini.
Anwar dan Li juga akan menghadiri majlis pecah tanah Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Gombak dan mengakhiri jadual mereka hari ini dengan menghadiri majlis makan malam untuk ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik.
TUKAR 14 MOU/MOA KUKUH KERJASAMA
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Usaha ‘Come Back’ Mahathir Sentiasa Gagal
- Sebelum Menyibuk Pasal MAHB, Mahathir Jawab Dulu Kenapa Jual IHH
- Presiden PPBM Arahkan PAS Supaya Tidak Bertanding Di DUN Nenggiri
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Annuar Musa Keluar Dari Gua Untuk Bertanding Dalam Pilihanraya Kecil