Cuaca diramal hujan pada hari penamaan calon esok

Oleh – Syeikh Baran


Cuaca diramal hujan pada hari penamaan calon esok
Sungai Bakap

Cuaca pada hari penamaan calon sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, esok, diramal hujan.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi hantarannya di Facebook memaklumkan, cuaca berkenaan dijangka berlaku pada sebelah pagi dan petang.



Dalam masa sama, MetMalaysia turut mengingatkan orang ramai supaya merancang perjalanan dengan baik, terutamanya bagi mereka yang terlibat dengan proses penamaan calon tersebut.

PRK DUN Sungai Bakap diadakan berikutan kematian Nor Zamri pada 24 Mei lepas akibat penyakit keradangan dalam perut.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai depan sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun (esok) untuk hari penamaan calon manakala pengundian awal pada 2 Julai.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button