Kilang proses biskut guna logo halal tidak sah diserbu

Oleh – Syeikh Baran


Kilang proses biskut guna logo halal tidak sah diserbu
Anggota penguat kuasa KPDN Taiping membuat serbuan ke atas sebuah kilang memproses biskut di Taiping pada pagi semalam. – KPDN Perak

Sebuah kilang memproses biskut didakwa menggunakan logo halal tidak sah diserbu penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Taiping kira-kira pukul 10 pagi semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamaluddin Ismail berkata, menerusi serbuan tersebut, didapati kilang memproses biskut itu  mengunakan logo halal tidak sah bagi tujuan perdagangan.



“Penggunaan logo halal secara tidak sah digunakan pada bungkusan produk biskut yang dikeluarkan untuk edaran jualan sekitar utara Semenanjung.

“Sehubungan itu, satu tindakan diambil di bawah Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 dengan menyita kesemua bungkusan produk tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kamaluddin, nilai keseluruhan rampasan adalah dianggarkan berjumlah sebanyak RM3,169.

Dalam masa sama, antara barangan kawalan lain yang disita ialah barang berjadual iaitu minyak masak sebanyak 323 kilogram (kg), gula pasir putih bertapis (900 kg) dan tepung gandum (550 kg) dengan nilai sitaan dianggarkan RM7,061.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button