Lelaki curang pukul isteri direman empat hari
Oleh – Syeikh Baran
Lelaki yang didakwa membelasah isterinya selepas kantoi curang dalam kejadian di sebuah hotel di daerah ini pada Mei lalu direman selama empat hari bermula hari ini.
Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Uthman Abd. Ghani di Mahkamah Majistret Port Dickson selepas membenarkan permohonan polis.
Majistret menetapkan suspek berusia 37 tahun itu direman selama empat hari bermula hari ini hingga 24 Jun ini.
Semalam, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed dilaporkan berkata, suspek yang bekerja sebagai juruteknik ditangkap di Mahkamah Syariah Bangi tengah hari semalam dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/18A Akta Keganasan Rumahtangga .
Terdahulu, polis telah mengesan satu video tular di muat naik pengguna Facebook kelmarin menyaksikan seorang lelaki memukul seorang wanita di sebuah hotel.
Sumber – KOSMO! ONLINE