Lelaki pasang ‘mini shower’ atas motor, elak panas

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki pasang ‘mini shower’ atas motor, elak panas
Tangkap layar menunjukkan lelaki itu menikmati pancuran air yang dipasang pada motosikalnya. – Instagram

Seorang lelaki di bandar Jodhpur dalam negeri Rajasthan menarik perhatian orang ramai selepas memasang pancuran mandi pada motosikalnya bagi mengatasi cuaca panas ekstrem, lapor saluran televisyen NDTV semalam. 

Menerusi klip video yang dimuat naik di laman Instagram, lelaki itu dilihat menunggang motosikalnya sambil menikmati pancuran air dari sebuah tong plastik yang diletakkan di ruang letak kaki motosikal jenis skuter tersebut.



Menurutnya, pemasangan itu dilakukan agar badannya kekal sejuk ketika menunggang motosikal pada siang hari. 

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan meraih 22.7 juta jumlah tontonan. 

“Lelaki ini menggemparkan orang ramai,” kata seorang pengguna laman sosial. 

“Memang terbaik idea ini,” kata pengguna lain. 



Sementara itu, beberapa kawasan di India menyaksikan suhu tinggi melebihi 40 darjah Celcius pada minggu lalu. Antaranya ialah Delhi, Uttar Pradesh, Haryana dan Punjab. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button