Pelanggan jumpa bangkai tikus dalam kuah tosai

Oleh – Syeikh Baran


Pelanggan jumpa bangkai tikus dalam kuah tosai
BANGKAI tikus ditemui dalam hidangan makanan di sebuah restoran di Ahmedabad. – Foto India Today

Sebuah restoran di bandar  Ahmedabad, India ditutup selepas sepasang suami isteri mendakwa  menemui bangkai tikus di dalam makanan yang dihidangkan, lapor portal berita India Today hari ini. 

Avinash yang merupakan penduduk Ahmedabad mendakwa bahawa dia menemui bangkai haiwan pengotor itu sebelum hidangan tosai mereka tiba semalam.



Dia datang ke restoran tersebut bersama isterinya.

Kuah itu dihidangkan kepada mereka sebelum pesanan tosai  tiba. 

Avinash kemudian terkejut apabila menemui bangkai tikus dalam makanannya.

Lelaki itu memaklumkan kepada kakitangan restoran dan melaporkannya kepada pihak berkuasa perbandaran di Ahmedabad. 



Restoran itu kemudian telah ditutup atas arahan pihak berkuasa. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button