Budak 10 tahun lemas di kolam takungan

Oleh – Syeikh Baran


Budak 10 tahun lemas di kolam takungan
Kolam takungan tempat Allahyarham Muhammad Aiman lemas, semalam.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun maut akibat lemas di kolam takungan air setelah mandi-manda bersama tiga rakannya berdekatan kawasan perumahan Universiti Utara Malaysia (UUM) Sintok, dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 4.55 petang semalam.



Hasil siasatan awal katanya, mangsa, Muhammad Aiman Harith Mohd. Hashim dikatakan keluar bersama rakan-rakannya kira-kira pukul 3 petang ke lokasi tersebut untuk memancing.

Allahyarham Muhammad Aiman

“Selepas memancing, mereka mandi-manda di takungan air tersebut sebelum mangsa lemas. Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh pembantu perubatan yang bertugas di Klinik UUM,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Difahamkan jasad mangsa yang juga murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Sintok dibawa keluar daripada kawasan takungan air tersebut oleh sekumpulan pengawal UUM yang bergegas ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button