Bukan EV, Bugatti Tourbillon harga lebih RM19 juta

Oleh – Syeikh Baran


Bukan EV, Bugatti Tourbillon harga lebih RM19 juta
GAMBAR menunjukkan kereta hibrid pertama Bugatti, Tourbillon berharga lebih RM19 juta.

Pengeluar kereta bertaraf  supercar, Bugatti semalam memperkenalkan kereta hibrid pertamanya yang berharga lebih AS$4 juta (RM18.86 juta) dan memiliki kelajuan maksimum mencecah 445 kilometer sejam 

Dinamakan Tourbillon, kereta memiliki 1,800 kuasa kuda itu kini dalam fasa ujian, manakala penghantaran 250 Tourbillon akan bermula pada 2026.



Kereta dibina daripada karbon itu memiliki tiga motor elektrik dan sebuah enjin baharu menjana 1,000 kuasa kuda.

Bateri elektrik yang digunakan pula boleh menggerakkan Tourbillon sejauh 60 kilometer sahaja.

Syarikat yang mengeluarkan kereta Bugatti adalah Porsche bersama firma Croatia, Rimac.

Apabila Rimac selaku pengeluar kereta sport elektrik,  membeli kepentingan utama dalam Bugatti pada 2021, ramai pemerhati meramalkan jenama mewah itu akan menghasilkan kereta elektrik dalam masa terdekat.



“Namun, pelanggan kami tidak menyukai kereta supercar berkuasa elektrik (EV),” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rimac, Mate Rimac, Mei lepas.

Dibina di sebuah kilang di Molsheim, selatan Perancis, harga Tourbillon bermula dari AS$4.1 juta (RM19.33 juta). – AFP 

Sumber – KOSMO! ONINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button