Puas makan baru cakap harga mahal
Oleh – Syeikh Baran
Polis bandar Ha Long, Vietnam sedang menyiasat aduan sekumpulan pelancong bahawa mereka menerima ancaman dan diusir keluar dari sebuah restoran setelah mengadu tentang harga makanan, lapor portal berita VnExpress semalam.
Pada Isnin lalu, keluarga Doan seramai sembilan orang pergi ke sebuah restoran untuk makan tengah hari.
Selepas selesai makan, mereka diberi bil berjumlah 2.3 juta dong (RM427) dan Doan mengesyaki mereka dikenakan bayaran berlebihan.
Wanita itu pun meminta pihak restoran menyemak semula harga dengan teliti.
Keluarga itu mendakwa, mereka dikenakan bayaran 756,000 dong (RM140) untuk 10 ekor udang mentadak panggang dan 200,000 dong (RM37.19) untuk semangkuk sup kerang,
Menurut Doan, beberapa kakitangan restoran bertindak agresif dan mengancam keluarganya. Mereka juga menghalau Doan dan keluarganya keluar dari restoran itu.
Beberapa ahli keluarganya menggunakan telefon bimbit untuk merakam kejadian itu.
Mereka segera melaporkan perkara itu kepada polis
Siasatan awal mendapati restoran itu gagal menyenaraikan harga seperti yang dikehendaki oleh undang-undang dan polis masih menyiasat kes tersebut. – AGENSI
Sumber – KOSMO! ONLINE