Suami hentak isteri guna penyodok

Oleh – Syeikh Baran


Suami hentak isteri guna penyodok
SEORANG isteri dipukul dengan penyodok di Baan Thung Srakeaw baru-baru ini. – Foto Pattaya Daily News

Seorang lelaki Thailand menyerang dan mencederakan isterinya dengan menggunakan penyodok kerana dihantui perasaan cemburu dalam kejadian  di wilayah Chonburi, lapor portal berita Pattaya Daily News hari ini.

Insiden berlaku sekitar pukul 10 malam kelmarin di kem buruh Baan Thung Srakeaw, daerah Banglamung.



Anggota-anggota pasukan kecemasan dari Yayasan Sawang Boriboon Thammasathan bergegas ke tempat kejadian selepas menerima aduan.

Sejurus tiba, anggota-anggota  penyelamat menemui mangsa yang  dikenali sebagai Puan A sedang  terbaring dan  tidak sedarkan diri. Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala. 

Mereka segera memberikan pertolongan cemas dan membawanya ke hospital untuk rawatan lanjut.

Penyerang  yang dikenal pasti adalah suami Puan A. Suspek  dikenali sebagai Thongchai, 64, ditemui di tempat kejadian dalam keadaan mabuk sebelum polis menahannya.



Menurut saksi, Puan A dan Thongchai minum minuman keras bersama rakan dan saudara mereka di kem buruh itu selepas waktu kerja. 

Namun, Thongchai dilaporkan cemburu dengan isterinya dan mula bertengkar sebelum  memukul kepala mangsa menggunakan penyodok. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button