Ular tedung dalam seluar lelaki

Oleh – Syeikh Baran


Ular tedung dalam seluar lelaki
GAMBAR fail menunjukkan seekor ular tedung. – Foto AFP

Anggota-anggota penyelamat berjaya mengeluarkan seekor ular tedung yang merayap di dalam seluar seorang lelaki ketika dia sedang tidur, lapor portal berita Thaiger hari ini.

Seorang anggota penyelamat dan pencinta haiwan eksotik berkongsi rakaman video operasi menyelamat tersebut melalui akaun Facebook miliknya, Ner Khwai Tai, 8 Jun lalu.



“Seekor ular tedung berbisa. Ia mencari kehangatan di dalam seluar manusia,” tulisnya di Facebook.

Rakaman video itu menunjukkan dua anggota penyelamat pergi ke rumah mangsa di wilayah Rayong, timur Thailand.
Apabila mereka tiba, orang ramai sudah berkumpul di luar rumah mangsa.

Ada yang tidak sabar mahu melihat operasi menyelamat, manakala yang lain bimbang tentang keselamatan lelaki berkenaan.

Anggota penyelamat memasuki bilik tidur di mana mangsa masih berbaring penuh ketakutan dan langsung tidak bergerak.



Rakannya memaklumkan kepada pasukan penyelamat bahawa ular itu berada dalam seluar berhampiran kaki kiri mangsa.

Salah seorang petugas penyelamat itu hanya menggunakan cangkuk untuk menyeret ekor ular tedung itu keluar daripada seluar, manakala rakan sekerjanya merakam video itu dan menggesa mangsa berdiam diri dan bertenang.

Selepas anggota penyelamat berjaya menangkap ular itu, mangsa diminta bangun secara perlahan-lahan.
Anggota penyelamat kemudian memasukkan reptilia berbisa itu ke dalam beg hitam. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button