2 lelaki curi motosikal ditahan polis

Oleh – Syeikh Baran


2 lelaki curi motosikal ditahan polis
MOTOSIKAL curi yang dirampas polis. FOTO Ihsan Polis

Polis menahan dua lelaki di Jalan TP 7/1, di sini, selepas terbabit dalam kegiatan curi motosikal di daerah ini dan Shah Alam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima maklumat awam mengenai kejadian itu kemudian sepasukan polis ke lokasi berhampiran sebuah kedai dan menahan suspek bersama motosikal Yamaha Y15.



“Kedua-dua suspek turut gagal memberikan kad pengenalan diri ketika pemeriksaan dilakukan.

“Semakan pada nombor pendaftaran motosikal mendapati ia dilaporkan hilang bersabit Balai Polis Sri Muda kelmarin,” katanya kepada Harian Metro hari ini.

Wan Azlan berkata, siasatan awal dilakukan oleh sepasukan polis terhadap kedua-dua suspek mengaku mencuri motosikal itu.

“Suspek kemudian membawa polis ke sebuah rumah di Seksyen 18, Shah Alam dan menunjukkan motosikal Suzuki yang dicuri di kawasan subang pada 18 Jun lalu.



“Siasatan lanjut suspek pertama ada 17 rekod jenayah dan 10 rekod jenayah dadah manakala suspek kedua mempunyai tujuh rekod jenayah serta 11 rekod jenayah dadah,” katanya.

Katanya, tangkapan dan rampasan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

Sumber – HARIAN METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button