Apa Yang Mamat Nie Merepek?

Apa Yang Mamat Nie Merepek

Apa Yang Mamat Nie Merepek?

 

Khairuddin Abu Hassan menggesa SPRM dan polis melakukan siasatan jenayah terhadap bekas peguam negara Mohamed Apandi Ali berkaitan skandal 1MDB.

Beliau mempersoalkan mengapa Apandi tidak didakwa di mahkamah atas tuduhan bersubahat dalam skandal itu.



Menurut beliau, ini adalah kerana bekas perdana menteri DS Najib telah didapati bersalah di semua lapisan mahkamah dan dihukum penjara.

“Polis dan SPRM harus siasat semula.”

“Dan sepatutnya mengambil tindakan undang-undang terhadap Apandi yang telah bersubahat.”

“Serta cuba menutup kes skandal 1MDB pada suatu masa dahulu dari pengetahuan awam.”



“Ketika menjadi peguam negara Apandi membuat beberapa kenyataan yang tiada sebarang kesalahan dalam isu 1MDB.”

“Pada waktu itu Apandi menjawat jawatan yang amat penting selaku peguam negara dan sikap bersubahat beliau dalam skandal 1MDB.”

“Ia tidak boleh dimaafkan sama sekali kerana telah mengakibatkan kehilangan wang negara berbilion ringgit.”

“Pada hemat peribadi saya, Apandi telah mengkhianati rakyat Malaysia.”



“Dalam skandal 1MDB yang telah pun didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.”

“Apandi adalah penjawat awam yang tidak melaksanakan tanggungjawabnya secara professional serta tak bersikap amanah,” dakwa Khairuddin.

Agak pelik penulis membaca kenyataan dan permintaan yang dibuat oleh Khairuddin.

Apakah beliau cuba untuk mengganggu keputusan mahkamah dalam perbicaraan kes 1MDB?



Atau mungkin wi-fi rumah Khairuddin dah kena potong sebab tak bayar bil.

Mahkamah belum lagi membuat sebarang keputusan tentang kes 1MDB dan pihak pendakwaan baru sahaja menutup kes pada 30 Mei 2024.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah kemudian mengarahkan kedua-dua belah pihak memfailkan hujahan bertulis pada 26 Julai dan hujahan balasan masing-masing pada 9 Ogos ini.

Jadi, celah mana yang Khairuddin boleh katakan semua peringkat mahkamah sudah mendapati DS Najib bersalah.



Khairuddin mendakwa negara mengalami kerugian berbilion ringgit.

Tetapi tahukah Khairuddin berapa banyak duit yang sudah dikembalikan, kalau tak tahu cuba tanya Pakcik Google.

Nie mesti kes terlebih cucuk botox gamaknya…😝😝😝

 



Apa Yang Mamat Nie Merepek?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button