Awie Umum Tutup Karier Solo Dengan Konsert Journey

Akur Waktu Bersama Keluarga Sangat Berharga

Awie Umum Tutup Karier Solo Dengan Konsert Journey

Awie Umum Tutup Karier Solo Dengan Konsert Journey

Konsert ‘Journey’ Awie yang akan berlangsung pada 3 Ogos depan bakal menjadi pentas terakhir buat penyanyi dan pelakon Datuk Awie untuk beraksi sebagai penyanyi solo.

Mengurangkan Komitmen Anak Seni

via Instagram Awie

Menurut Astro Awani, keputusan tersebut dibuat bagi mengurangkan beban komitmen sebagai anak seni dan memberikan lebih tumpuan terhadap keluarga.



Saya kehilangan banyak masa bersama keluarga. Kadang kala bila anak saya ada majlis konvokesyen atau terima anugerah, saya tak dapat datang.

Anak-anak kecil saya ada aktiviti keluarga di tadika, saya tak dapat hadir. Isteri saya sahaja yang datang dan saya terpaksa bekerja.

Anak sakit demam pun saya masih di luar jalani penggambaran.

Jadi, saya mula terfikir, kenapa saya nak jadi tamak sangat? Sedangkan saya masih boleh meneruskan kehidupan walaupun hanya dengan Wings.



Bila berakhirnya konsert solo ini, kuranglah sikit komitmen saya. Kini saya boleh fokus pada keluarga, Wings dan lakonan sahaja.

Akur Waktu Bersama Keluarga Sangat Berharga

Awie Umum Tutup Karier Solo Dengan Konsert Journey
via Instagram Awie

Katanya lagi, meskipun anak-anak faham dengan kerjayanya sebagai anak seni, namun, dia kini sedar bahawa waktu bersama keluarga sangat berharga.

Alhamdulillah, anak-anak tidak akan merungut di hadapan saya. Mungkin dia akan bercakap dengan ibu mereka. Saya yang terasa sendiri sebenarnya.

Kadang-kadang, saya melihat kawan-kawan membawa anak-anak ke sana ke sini, saya tertanya kenapa saya tidak macam itu?



Jadi, saya kena berubah. Sementara Allah masih berikan saya kesihatan walaupun banyak nikmat yang telah ditarik, baik saya buat sesuatu sebelum saya sakit teruk dan tak boleh buat apa yang mereka mahukan.

Dalam pada itu, Awie akui banyak perkara yang harus dikorbankan untuk bergelar anak seni.

Ujarnya walau apapun yang terjadi, dia tetap perlu naik ke pentas, terpaksa senyum dan hiburkan orang demi tanggungjawabnya.

Awie Umum Tutup Karier Solo Dengan Konsert Journey

 



DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kontutrulet Noh Omar Kerana Di Lantik Timbalan Presiden NGO Muafakat Nasional



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button