Buruh ditahan miliki dua senapang buatan sendiri

Oleh – Syeikh Baran


Buruh ditahan miliki dua senapang buatan sendiri
Muhamad Zaki (tengah) menunjukkan senapang buatan sendiri yang dirampas semasa sidang akhbar di IPK pada Ahad.

Seorang buruh ditahan selepas memiliki dua laras senapang buatan sendiri di Pos Blau, Gua Musang pada Sabtu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dalam serbuan itu pihaknya turut merampas 15 biji guli dipercayai sebagai peluru serta sebotol cecair spirit.



“Pemeriksaan lanjut terhadap suspek berusia 41 tahun itu telah menjumpai tiub straw lut sinar berisi enam biji pil kuda.

“Hasil ujian air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine dan suspek direman selama tiga hari sehingga Selasa,” katanya kepada pemberita semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Ahad.

Menurut beliau, suspek juga turut mempunyai dua rekod lampau iaitu melibatkan narkotik serta jenayah.

Ujarnya, kes disiasat bawah Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.



Muhamad Zaki memberitahu, senjata buatan sendiri tersebut digunakan suspek untuk pemburuan haiwan liar.

“Penggunaan senjata buatan sendiri boleh mendatangkan bahaya, walaupun ia dilihat biasa sahaja.

“Oleh sebab itu pihak kami memandang serius berhubung kes berkaitan pemilikan senjata buatan sendiri,” katanya.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button