Industri ikan hiasan berpontesi dengan pengeluaran RM550 juta menjelang 2030

Industri ikan hiasan berpontesi dengan pengeluaran RM550 juta menjelang 2030

Industri ikan hiasan berpontesi dengan pengeluaran RM550 juta menjelang 2030
PENGELUARAN ikan hiasan pada 2023 adalah sebanyak 241 juta ekor dengan nilai RM373 juta, dan 21 peratus daripadanya bagi tujuan eksport.

Kuala Lumpur: Industri ikan hiasan mempunyai potensi besar kepada ekonomi negara terutama dari segi eksport dan pendapatan penternak dengan pengeluarannya dijangka meningkat sebanyak 352 juta ekor bernilai RM550 juta menjelang 2030.

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Wan Muhammad Aznan Abdullah berkata, pengeluaran ikan hiasan pada 2023 adalah sebanyak 241 juta ekor dengan nilai RM373 juta, dan 21 peratus daripadanya bagi tujuan eksport.

Katanya, pencapaian itu jelas menunjukkan bahawa industri ikan hiasan Malaysia mempunyai potensi besar untuk terus berkembang.



“Jabatan Perikanan (DOF) akan terus komited menyokong industri ini dan membantu penternak ikan hiasan Malaysia mencapai kejayaan di pasaran global.

“Justeru, DOF akan sentiasa menyokong segala usaha dan inisiatif penganjuran pertandingan ikan hiasan yang diadakan di seluruh negara sejajar dengan hala tuju meningkatkan pengeluaran ikan hiasan menjelang 2030,” katanya dalam kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Annuar Musa Keluar Dari Gua Untuk Bertanding Dalam Pilihanraya Kecil



Katanya, berdasarkan statistik DOF pada 2023, Johor menjadi negeri tertinggi bagi pengeluaran utama ikan hiasan dengan nilai sebanyak RM261 juta, diikuti Perak (RM87 juta), Pulau Pinang (RM8 juta) dan Sarawak (RM3.5 juta).

Bagi ikan hiasan bernilai komersial (kecuali Arowana) 2023, ikan tetra mencatatkan nilai jualan paling tinggi iaitu RM24.2 juta, diikuti ikan koi (RM12.2 juta), ikan discus (RM11.3 juta), ikan gupi (RM11 juta), ikan molly (RM10.8 juta) dan ikan laga (betta), RM9.4 juta.

Antara inisiatif yang dilaksanakan DOF adalah pemberian bantuan peralatan dan makanan ikan melalui Sistem Penyampaian Khidmat Sokongan (SPeKS) Akuakultur.

Selain itu, khidmat nasihat teknikal berkenaan pemeriksaan kualiti air, pensijilan dan pematuhan biosekuriti serta siri latihan kepada penternak.



Industri ikan hiasan berpontesi dengan pengeluaran RM550 juta menjelang 2030


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kontutrulet Noh Omar Kerana Di Lantik Timbalan Presiden NGO Muafakat Nasional

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button