JDT tetap hebat tanpa Bergson, Forestieri
JDT tetap hebat tanpa Bergson, Forestieri
ISKANDAR PUTERI – Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio berpuas hati dengan persembahan pemain setelah berhempas pulas memberi aksi terbaik bagi mengutip tiga mata ketika menang 3-0 berdepan Sri Pahang FC malam tadi.
Bidoglio memberitahu, kemenangan itu bukanlah mudah diraih lebih-lebih lagi setelah pasukan pelawat lebih banyak bertahan dan berada di kawasan sendiri.
“Pada babak pertama, kita berjaya menguasai permainan dan mencipta beberapa peluang gol, namun ketumpulan penyudah menyaksikan kita hanya berpeluang menjaringkan satu gol sahaja.
“Pada babak kedua pula, kita tampil dengan aksi lebih agresif dan ini dilihat berkesan setelah pasukan pelawat melakukan kesilapan yang membawa kepada dua pertambahan jaringan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan Liga Super berakhir malam tadi.
Pada perlawanan tersebut, penyerang import JDT, Heberty Fernandes muncul wira pasukan apabila menjaringkan hatrik bagi memastikan kemenangan pasukan terhadap skuad bimbingan Fandi Ahmad.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Kenapa Usaha ‘Come Back’ Mahathir Sentiasa Gagal
- Sebelum Menyibuk Pasal MAHB, Mahathir Jawab Dulu Kenapa Jual IHH
- Presiden PPBM Arahkan PAS Supaya Tidak Bertanding Di DUN Nenggiri
Annuar Musa Keluar Dari Gua Untuk Bertanding Dalam Pilihanraya Kecil
Kemenangan itu menyaksikan skuad Harimau Selatan merekodkan empat kemenangan berturut-turut setakat ini dan mengungguli takhta Liga Super dengan 12 mata.
Pengendali kelahiran Argentina itu berkata, gandingan penyerang, Fernando Forestieri dan Bergson Da Silva terpaksa direhatkan kerana mengalami kecederaan, tetapi dijangka cergas sepenuhnya menjelang perlawanan akan datang. – KOSMO! ONLINE
JDT tetap hebat tanpa Bergson, Forestieri
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Apa Yang Mamat Nie Merepek?
- Mahathir, KJ Dan BlackRock, Teman Tapi Mesra
- Mahathir pamir pekung sendiri apabila bicara penjualan aset negara.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Kontutrulet Noh Omar Kerana Di Lantik Timbalan Presiden NGO Muafakat Nasional