Kontutrulet Noh Omar Kerana Di Lantik Timbalan Presiden NGO Muafakat Nasional

Kontutrulet Noh Omar Kerana Di Lantik Timbalan Presiden NGO Muafakat Nasional

Kontutrulet Noh Omar Kerana Di Lantik Timbalan Presiden NGO Muafakat Nasional

 

Noh Omar dilantik sebagai timbalan presiden Muafakat Nasional, sebuah NGO yang menyebabkan kegagalan pakatan dengan nama serupa didaftarkan.

Presiden MN Annuar Musa berkata, pelantikan ini bertujuan mengukuhkan lagi MN pada peringkat pusat serta negeri.



Antara individu yang dilantik memegang jawatan Ahli Dewan Tertinggi ialah Abd Muhaimin Abd Rahman Nazri, Dr Md Nasir Ibrahim, Rafeiei Mustapha, Wong Siew Mun, Mohd Anas Sudin, Julie Sabran, Musa Sabri Ab Sattar dan Mohd Fariz Abd Hadi.

“Mesyuarat Dewan Tertinggi Muafakat Nasional (MN) yang diadakan pada 20 Jun lalu telah bersetuju melantik Noh Omar sebagai Timbalan Presiden.”

“Pelantikan tersebut selaras dengan pindaan Perlembagaan yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS).”

“Juga bagi memastikan objektif serta inisiatif MN dapat dilaksanakan dengan berkesan.”



“MN amat prihatin dengan pelbagai isu yang menyelubungi rakyat, terutamanya kesempitan hidup yang semakin meruncing.”

“Keadaan itu berpunca daripada kos sara hidup yang semakin meningkat akibat kegagalan pihak berwajib menangani isu ini dengan cekap dan berkesan,” jelas presiden NGO MN, Annuar Musa.

Penulis tidak pasti, sejak dilancarkan hingga ke hari ini, apa yang telah dilakukan oleh MN untuk membantu rakyat dan negara selain dari beretorik.

Bukanlah penulis mahu memperlekehkan atau mempersoalkan penubuhan NGO MN.



Tetapi bagi penulis, kalau penubuhannya sudah mempunyai agenda tersembunyi, bolehkah dipercayai perjuangan NGO MN?

@acik.mantera

♬ original sound – aCik.manTera – aCik.manTera

Apa pun, kontutrulet kepada Noh Omar kerana terus melompat ke jawatan Timbalan Presiden NGO MN.



Sebab banyak que yang Noh Omar potong.

 

Kontutrulet Noh Omar Kerana Di Lantik Timbalan Presiden NGO Muafakat Nasional

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 



Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button