Mahathir, KJ Dan BlackRock, Teman Tapi Mesra
Mahathir, KJ Dan BlackRock, Teman Tapi Mesra
Sebelum penulis menulis lebih lanjut, perlu penulis membuat pengakuan bahawa penulis secara konsisten membantah keputusan menjual saham MAHB kepada BlackRock melalui Global Investment Venture (GIP).
Tetapi dalam masa yang sama, penulis juga tidak setuju sekiranya isu ini dijadikan polemik politik untuk mendapatkan keuntungan politik.
Dalam satu kenyataan baru-baru ini, Anwar Ibrahim mempertahankan keputusan penjualan saham MAHB kepada BlackRock sangat mengelirukan.
“Syarikat yang ada operasi di Amerika, Jerman, China, tapi ada kaitan dengan Israel, tiada upaya kita dalam keadaan sekarang untuk membatalkannya”.
“Ia akan menjejaskan ekonomi negara.”
“Jadi sementara saya akan keras memperjuangkan dan membela nasib rakyat Palestin, saya tidak mahu melemahkan kekuatan ekonomi negara.”
“Kalau syarikat itu dari Israel, saya akan tegas,’ jelas Anwar.
Tiada Bezanya Memberi Keuntungan Kepada Syarikat Israel Yang Beroperasi Di Luar Israel Dengan Syarikat Yang Beroperasi Di Dalam Israel
Sebenarnya tidak ada bezanya menyokong perniagaan syarikat Israel yang beroperasi di luar Israel dengan yang beroperasi di dalam Israel.
Selepas perang Arab Israel yang berlaku pada tahun 1967, regim Zionis sedar, mereka semakin dibenci oleh masyarakat antarabangsa, terutamanya negara Arab.
Akibat dari perang tersebut, ekonomi Israel terjejas teruk kerana majoriti syarikat mereka dipulaukan masyarakat antarabangsa.
Persidangan Liga Arab telah melancarkan Deklarasi Khartoum oleh Liga Negara Arab.
Deklarasi tersebut menggariskan 3 Tidak terhadap Israel.
Tidak ada pendamaian, Tidak ada pengiktirafan dan Tidak ada sebarang rundingan (no peace, no recognition, no negotiation).
Negara Arab yang kaya dan mempunyai kuasa pembeli telah menggunakan sepenuhnya kelebihan yang mereka ada.
Akibatnya, ekonomi Israel terjejas teruk kerana majoriti syarikat mereka dipulaukan negara Arab.
Regim Zionis telah mengarahkan semua syarikat yang berpengkalan di Israel supaya mengalihkannya di luar Israel yang tidak terlibat dalam Deklarasi Khartoum.
Negara yang menjadi pilihan mereka adalah negara Eropah dan sudah tentu keutamaan diberikan kepada Amerika.
Antara syarikat yang terlibat adalah BlackRock.
Walau pun syarikat-syarikat ini berpengkalan di luar Israel, namun mereka sebenarnya adalah proksi regim Zionis yang berada di luar Israel.
Jadi, tidak ada bezanya antara menyokong perniagaan syarikat Israel yang berpengkalan di Israel atau pun di luar Israel.
Keuntungan yang mereka dapat, tetap akan disalurkan kepada regim Zionis di Israel.
Analogi yang boleh penulis berikan adalah ibarat marah kepada seorang pembunuh, tetapi dalam masa yang sama kita membantu orang lain beli pisau untuk diberikan kepada pembunuh tersebut!!!
Mahathir, KJ Dan BlackRock, Teman Tapi Mesra
Namun begitu, bagi penulis, perjuangan kita dalam isu ini mestilah ikhlas tanpa ada sebarang agenda peribadi.
Dr Mahathir kononnya membantah keras penjualan saham MAHB kepada BlackRock.
Tetapi adakah beliau lupa, beliau sendiri pernah memberikan taklimat kepada pengurus dana BlackRock ketika menjadi perdana menteri kali kedua?
Jangan lupa, Dr Mahathir juga pernah menjual pegangan saham Khazanah dalam IHH Healthcare Berhad (IHH) kjepada Mitsui, Jepun.
Siapakah antara pemegang saham terbesar syarikat Mitsui?
Biar infografik yang berbicara.
Sementara Khairy Jamaluddin dan Saifuddin Abdullah pula berkata, kononnya kerjasama dengan BlackRock menjejaskan reputasi negara.
Sekali dengar memang nampak ketegasan bantahan mereka.
Ikhlaskah KJ?
Bulan Mac 2024, CGS Securities telah melantik KJ sebagai salah seorang pengarah.
Siapa antara pemegang saham terbesar CGS Securities?
Sekali lagi, biar infografik yang berbicara!!!
Mahathir, KJ Dan BlackRock, Teman Tapi Mesra
Di Syorkan Untuk Anda:
- Annuar Musa Keluar Dari Gua Untuk Bertanding Dalam Pilihanraya Kecil
- Kenapa Usaha ‘Come Back’ Mahathir Sentiasa Gagal
- Sebelum Menyibuk Pasal MAHB, Mahathir Jawab Dulu Kenapa Jual IHH