Siasatan selesai, polis tangkap Mohd. Fared dalam masa terdekat

Oleh – Syeikh Baran


Siasatan selesai, polis tangkap Mohd. Fared dalam masa terdekat
Mohd. Fared diburu polis bagi membantu siasatan kes salah guna darjah kebesaran Datuk Seri palsu.

Polis dijangka menahan presiden persatuan muay thai, Mohd. Fared Abdul Ghani, 56, bagi membantu siasatan kes salah guna darjah kebesaran Datuk Seri palsu dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, siasatan berhubung kes itu sudah selesai dan pihak polis akan menahan lelaki tersebut.



Menurutnya, bagaimanapun, pihaknya masih dalam usaha untuk mengesan Mohd. Fared yang merupakan orang yang dikehendaki dalam kes itu.

“Siasatan kes tersebut sudah selesai. Kita akan tangkap lelaki itu dalam masa terdekat dan membawanya kepada pihak pendakwaan untuk dituduh di mahkamah,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan, di sini hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan, Mohd. Fared yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan melakukan ugutan jenayah dan memukul seorang lelaki pada Mac lalu sekali lagi diburu polis bagi membantu siasatan kes salah guna darjah kebesaran Datuk Seri palsu.

Muhamad Zaki berkata, lelaki itu masih belum menyerah diri berhubung atas kesalahan berkenaan selepas diburu polis sejak awal bulan ini.



“Kita tetap akan memburu lelaki itu dan membuat tangkapan ke atasnya. Setakat ini, dia masih belum menyerah diri atau mungkin ada hal lain,” ujarnya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button