Jualan Diesel Di Sempadan Turun Mendadak

Jualan Diesel Di Sempadan Turun Mendadak

Jualan Diesel Di Sempadan Turun Mendadak

 

Pemberian subsidi bersasar dan pengapungan harga diesel yang dilaksanakan oleh kerajaan mula menampakkan hasil.

Jualan diesel di sempadan tanah air telah didapati menurun secara mendadak sebanyak 40% sejak harga diesel diapungkan.



Perkara ini dijelaskan oleh Menteri Kewangan II, Amir Hamzah Azizan.

“Langkah penyasaran subsidi diesel bermula 10 Jun lalu menyaksikan jumlah jualan runcit di stesen minyak menurun hampir lapan juta liter sehari atau 30 peratus untuk minggu pertama, berbanding minggu sebelumnya.”

“Selain itu, jualan diesel komersial pula meningkat sebanyak empat juta liter sehari.”

“Ia memberi isyarat bahawa sebahagian penggunaan diesel runcit bersubsidi selama ini, digunakan oleh sektor industri.”



“Sektor tersebut sepatutnya membeli diesel pada harga pasaran.”

“Ini bermakna, trend peningkatan jualan diesel komersial menggambarkan tanda positif bahawa ketirisan diesel bersubsidi sudah berkurang.”

“Pengapungan harga diesel tidak bermaksud kerajaan memansuhkan sepenuhnya subsidi ke atas bahan bakar itu.”

“Memandangkan ketika ini, kerajaan masih menanggung subsidi diesel sehingga RM10 bilion.”



“Menurun berbanding RM14 bilion tahun lalu, sekaligus menyaksikan penjimatan RM4 bilion setahun.”

“Kerajaan mampu meraih penjimatan tahunan sebanyak RM4 bilion.”

“Penjimatan ini tentunya dapat dimanfaat untuk menambah baik mutu hidup rakyat melalui penyediaan infrastruktur awam berkualiti serta perlindungan sosial yang lebih menyeluruh.”

“Perbelanjaan subsidi diesel negara sudah meningkat 10 kali ganda iaitu daripada RM1.4 bilion pada 2019, kepada RM14.3 bilion pada tahun lalu.”



“Trend kenaikan subsidi diesel ini tidak mampu lagi ditampung kerajaan secara berterusan.”

“Peningkatan belanja subsidi bukan hanya disebabkan kenaikan harga pasaran tetapi juga akibat peningkatan ketirisan diesel bersubsidi,” jelas beliau di Dewan Rakyat.

Rasanya elok penerangan Amir Hamzah ini dihadamkan dengan sepenuhnya oleh penyokong Perikatan Nasional.

Merekalah yang sering memainkan isu penarikan subsidi diesel walau pun sebenarnya mereka menggunakan kenderaan yang menggunakan petrol.



 

Jualan Diesel Di Sempadan Turun Mendadak

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button