Rider guna laluan basikal mengamuk bila ditegur

Oleh – Syeikh Baran


Rider guna laluan basikal mengamuk bila ditegur
Tangkap layar menunjukkan rider mengamuk selepas ditegur oleh remaja terbabit. – @classy6548

Perbuatan seorang penghantar barang (rider) yang mengamuk dan menggunakan kekerasan selepas ditegur oleh seorang remaja lelaki mengundang perhatian orang ramai, lapor akhbar Tribunnews semalam. 

Difahamkan, rider itu menunggang motosikal secara berbahaya dan melanggar peraturan lalu lintas dengan memasuki laluan basikal.



Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @classy6548, dia dilihat memarahi dan memaki hamun kanak-kanak tersebut. 

Dia juga memukul mangsa dan mencampakkan basikalnya. 

Mangsa dengan berani menendang motosikal penghantar barang itu sehingga ia jatuh di atas jalan.  

Pergaduhan yang berlaku menyebabkan kanak-kanak terbabit mengalami kesan luka di beberapa bahagian badannya. – AGENSI



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button