Suami curang tular pukul isteri didakwa esok

Oleh – Syeikh Baran


Suami curang tular pukul isteri didakwa esok
Tangkap layar video tular memaparkan seorang lelaki memukul seorang wanita di sebuah hotel.

Seorang lelaki yang ditahan 20 Jun lepas kerana memukul isterinya dalam kejadian di sebuah hotel di daerah ini bulan lalu didakwa di mahkamah esok.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki berusia 37 tahun itu akan dibawa ke mahkamah di sini untuk pertuduhan dibawah Seksyen 352A Kanun Keseksaan kerana kesalahan menggunakan kekerasan jenayah oleh pasangan.



“Bagi seksyen ini memperuntukkan hukuman dengan pemenjaraan boleh sampai sehingga enam bulan, atau dengan sehingga RM2,000 atau dengan kedua-duanya,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu, lelaki tular membelasah isterinya selepas kantoi curang dalam kejadian di sebuah hotel di daerah ini Mei lalu direman selama empat hari, Jumaat lalu.

Suspek yang bekerja sebagai juruteknik ditangkap di Mahkamah Syariah Bangi dan videonya telah tular 19 Jun lalu menyaksikan seorang lelaki memukul seorang wanita di sebuah hotel.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button