Anak lelaki kejam, tergamak tikam ibu

Oleh – Syeikh Baran


Anak lelaki kejam, tergamak tikam ibu
Gambar Hiasan

Seorang lelaki yang bertindak kejam menikam ibu kandungnya sendiri dalam kejadian Sabtu lalu di Felda Raja Alias 1, di sini, berjaya ditangkap polis, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, lelaki berkenaan ditangkap kira-kira pukul 12.30 tengah malam di Taman Rasa Sayang Cheras, Kajang, Selangor oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Khas (D9) dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPD Jempol.



Menurutnya, tangkapan berkenaan adalah bersangkut kes yang dilaporkan di Balai Polis Bandar Seri Jempol membabitkan pergaduhan ibu dan anak kira-kira pukul 12.50 tengah hari, 22 Jun lalu.

“Suspek kini direman selama empat hari bermula hari ini sehingga 28 Jun ini bagi disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 379A kanun yang sama,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button