Apa Pendirian Sebenar UMNO Dalam Isu BlackRock
Apa Pendirian Sebenar UMNO Dalam Isu BlackRock
Dari 3 kenyataan yang berbeza dari 3 orang pemimpin UMNO di peringkat pusat,penulis tertanya-tanya, apa sebenarnya pendirian UMNO dalam isu penjualan saham MAHB kepada BlackRock.
Melalui lidah rasmi UMNO, UMNO Online, Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Dr Akmal Saleh, menyatakan pendirian yang tegas membantah keputusan tersebut.
“Pemuda UMNO membantah langkah kepada usaha penjualan 30 peratus saham.”
“Menggesa Kerajaan Malaysia untuk menghentikan usaha tersebut.”
“Penjualan ini secara langsung akan mendedahkan aset berkepentingan nasional dan awam kepada pihak yang rapat dan mempunyai simpati kepada agenda Zionis.”
“Hal ini amat bertentangan dengan pendirian Malaysia.”
“Sebagaimana yang telah dinyatakan di Persidangan Peringkat Tinggi Panggilan Untuk Bertindak: Respon Kemanusiaan segera untuk Gaza oleh Menteri Luar Negara, Datuk Seri Mohamad Hasan pada 11 Jun lalu.”
“Ia juga memberi ruang kepada pro-zionis mengetahui dan terlibat sama dalam menguruskan aset berkepentingan nasional dan awam,” tegas Dr Akmal.
Timbalan Presiden UMNO, DS Mohamad Hasan (Tok Mat Hasan), dilihat senada dengan Dr Akmal dalam isu tersebut.
“UMNO mendesak Khazanah tidak meneruskan jualan pegangan saham dalam MAHB kepada syarikat pro-Israel, BlackRock.”
“Kita menteri-menteri UMNO memberikan pandangan.”
“Jika boleh perkara ini tidak diteruskan tetapi transaksi itu sudah terlampau maju.”
“Jadi kita tengoklah macam mana.”
“Kita pun tidak tahu sama ada diteruskan atau tidak bukan di kalangan kita kerana Khazanah di bawah Kementerian Kewangan.”
“Ia perlu melihatnya, baik buruk apa sahaja impaknya untuk perkara ini,” jelas Tok Mat Hasan ketika ditanya wartawan.
Pendirian Presiden Berbeza Dengan Pendirian Timbalan Presiden Dan Ketua Pemuda?
Tetapi kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO, jelas berbeza dengan kenyataan Timbalan Presiden UMNO dan Ketua Pemuda UMNO.
“Pendapat yang diberi oleh Tok Mat adalah pendapat peribadi.”
“Saya telah bertemu dengan beliau malam tadi dan menyatakan itu pandangan peribadi dan bukan UMNO secara rasmi, dakwa DS Zahid.
Be;iau juga menafikan isu tersebut tidak pernah dibincangkan di kabinet.
UMNO sepatutnya membawa isu tersebut ke mesyuarat MKT sebelum sebarang pemimpin memberikan kenyataan.
Jangan bermain dengan api dalam isu sensitif sebegini.
Kerana apinya bukan sahaja boleh membakar kedudukan pemimpin di dalam parti dan kerajaan tetapi juga rumah agam UMNO keseluruhannya.
Apa Pendirian Sebenar UMNO Dalam Isu BlackRock
Di Syorkan Untuk Anda:
- Anthony Loke Dedahkan Pembohongan Tuan Ibrahim
- Jualan Diesel Di Sempadan Turun Mendadak
- Kali Ini Pembohongan Mahathir Betul Betul Tahap Dewa