Budak 10 tahun lemas jatuh parit ketika memancing
Oleh – Syeikh Baran
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun lemas dalam parit di Flat Desa Mutiara di sini selepas dipercayai terjatuh ketika memancing petang tadi.
Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Tebrau, Pegawai Bomba Tinggi II, Mohd. Rashid Sulaiman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.30 petang.
“Mangsa ditemui pada jarak lebih kurang 10 meter dari lokasi dilaporkan jatuh dan disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat ketika dihubung mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kanak-kanak itu pergi memancing bersama empat yang lain termasuk abang dan rakan mereka.
Sumber – KOSMO! ONLINE