Cubaan Syed Saddiq Untuk Mencari Talian Hayat

Cubaan Syed Saddiq Untuk Mencari Talian Hayat

Cubaan Syed Saddiq Untuk Mencari Talian Hayat

 

Rasanya memang tepat sungguh gelaran Drama Queen yang diberikan oleh Tengku Mahkota Johor kepada ahli parlimen Muar, Syed Saddiq.

Syed Saddiq sedar karier politik beliau sudah sampai ke penghujung.



Beliau sudah pun dihukum penjara tujuh tahun dan RM10 juta denda dan dua kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi.

Ianya berikutan beliau disabitkan dengan 4 kesalahan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Armada.

Beliau kini sedang dalam proses rayuan di peringkat Mahkamah Rayuan.

Sekiranya kalah di peringkat Mahkamah Rayuan, beliau boleh membuat rayuan di peringkat Mahkamah Persekutuan.



Kalah di peringkat Mahkamah Persekutuan, beliau cuma ada satu lagi peluang untuk melakukan semakan kehakiman di Mahkamah Persekutuan.

Tetapi sekiranya diambil kira fakta kes dan perbicaraan, harapan Syed Saddiq untuk lepas adalah sangat tipis.

Penulis yakin, tidak mungkin Syed Saddiq boleh bertanding di PRU 16 dan sekiranya berlaku keajaiban, harapan untuk beliau menang hampir tiada.

Syed Saddiq sedar semua ini dan beliau kini dilihat berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan simpati rakyat dengan beberapa lakunan politik.



Terkini, beliau mendesak supaya kerajaan memberikan penjelasan kereta apa yang layak menerima BUDI Madani dan kereta apa yang tidak layak.

Penulis tidak pasti apa yang menyebabkan Syed Saddiq tertinggal bas mengenai maklumat BUDI Madani yang disediakan kerajaan.

Mungkin Syed Saddiq terlalu kerap cucuk langit hingga tidak ada masa untuk membuat kerja hakiki ahli parlimen.

Kerajaan sudah pun memberikan penjelasan yang tuntas mengenai Budi Madani.



Dan isu yang Syed Saddiq bangkitkan adalah di bawah kategori Budi Individu.

Ianya juga sudah diberikan penjelasan dengan cukup jelas.

Tunjukkanlah sedikit kematangan dalam politik, kalau tak ada banyak, takkan sikit pun tak ada.

 



Cubaan Syed Saddiq Untuk Mencari Talian Hayat

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button