‘Influencer’ manipulasi derma ingatlah azab Allah amat pedih – Mohd. Na’im
Oleh – Syeikh Baran
Aktivis atau personaliti media sosial diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan daripada sifat pemurah rakyat Malaysia dengan cara memanipulasi kutipan derma untuk mengaut keuntungan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, mana-mana pihak perlu sedar bahawa hukuman dan azab daripada Allah S.W.T jika ambil harta orang lain itu amatlah pedih.
“Saya akui rakyat Malaysia sangat pemurah termasuk dalam soal membantu dan menderma. Namun, pada masa sama kita kena hati-hati dan kita tak nak sifat dermawan itu dimanipulasi oleh mana-mana pihak.
“Kita kena ingat apa yang kita ambil dari harta orang lain dan kita tak sampaikan dengan niat dan tujuan maknanya hukuman dan azab daripada Allah SWT itu amat pedih,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 di sini, hari ini.
Sumber – KOSMO! ONLINE