‘Tak sabar anak habis belajar nak suruh bayarkan loan rumah’

Oleh – Syeikh Baran


‘Tak sabar anak habis belajar nak suruh bayarkan loan rumah’
Gambar Hiasan

“Banyak kali mak ayah aku selalu sebut tak sabar tunggu aku habis belajar, sebab nak suruh aku sambung bayar loan (pinjaman) rumah.”

Itu luahan seorang gadis berumur 25 tahun tentang sikap tidak bertanggungjawab ibu bapanya.



Menerusi luahannya seperti yang dikongsikan di TikTok Amran’s Shop, gadis itu kini sedang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah pada tahun akhir.

“Kasihan dekat si anak, baru nak masuk dunia pekerjaan, dah kena hadam semua ni,” tulisnya pada kapsyen.

Perkongsiannya itu mengundang ketidakpuasan hati orang ramai, malah ada yang turut berkongsi pengalaman serupa.

“Generasi sandwich lama tak seteruk sekarang dengan loan mak bapak nak hidup mewah. Ayah aku dulu pun sandwich sara aku, mak, nenek, atuk dan moyang. Tapi sebab tak ada loan apa, tak seteruk zaman sekarang,” kongsi @Aliyana Soffiya.



“Lepas tu bila guna duit penat lelah sendiri untuk hiburkan hati macam pergi travel, beli barang, boleh kena perli, dari membazir baik bayar loan depa (mereka),” luah @nadiahnajib.

“Aku adik-beradik 10. Ayah aku boleh cakap, duit aku bagi tak cukup sedangkan Coway, cukai pintu, duit bulanan aku bagi tanpa gagal. Sedih,” kongsi @ahmad ahmad2516.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button