Tiada bau mayat, hanya ada bau durian

Oleh – Syeikh Baran


CEO, pengurus tertinggi syarikat konsesi lebuh raya direman kes rasuah RM1.6 bilion
Antara lapan individu dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya bagi perintah reman hari ini. – Foto IHSAN SPRM

Tiada bau mayat dihidu kecuali bau durian sejak dua minggu lalu menyebabkan pemilik tidak menyedari terdapat rangka manusia di kebun durian miliknya.

Lelaki yang mahu dikenali sebagai Wong, 72, itu berkata, bau durian yang kuat kerana raja buah tersebut sudah mula gugur sejak dua minggu lalu menyebabkan tiada sebarang bau lain dikesan di kawasan seluas dua hektar itu.



Wong memberitahu, dia menemui tulang yang pada mulanya disangka tulang haiwan di kebun durian itu di Kampung Sri Wangi, Parit Yaani pada Sabtu lalu.

“Saya tidak usik tulang itu dan membiarkannya sahaja. Tetapi pagi semalam, ramai anggota polis datang ke kebun durian dan diberitahu mengenai penemuan rangka manusia.

“Sebelum ini, kebun durian ini dipenuhi semak, tetapi kira-kira dua minggu lalu, kawasan ini sudah dibersihkan oleh dua pekerja yang diupah kerana musim durian gugur sudah tiba,” katanya ketika ditemui hari ini

Semalam, polis mengesahkan penemuan rangka manusia dalam kebun durian yang disyaki milik Hafiz Fauzan iaitu pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Batu Pahat selepas dilaporkan hilang pada 26 Mei lalu.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button