Tular ular sawa 59kg ditangkap bersama 70 biji telur di Kajang
Oleh – Syeikh Baran
Tular di media sosial mengenai dakwaan seekor ular sawa batik yang dianggarkan seberat 59 kilogram (kg) ditangkap, dipercayai di Kampung Desa Putra, Kajang, baru-baru ini.
Tangkapan berkenaan meraih perhatian orang ramai apabila reptilia berkenaan dikatakan ditemui bersama 70 biji telur.
Menerusi video yang dikongsikan Ramizam Izwan di Facebook, ular itu berjaya ditangkap sepasukan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
“Ular batik terbesar ditemui di Kampung Desa Putra,” tulisnya pada kapsyen.
Sementara itu, orang ramai berharap agar haiwan berkenaan tidak dibunuh dan ditempatkan di kawasan yang selamat.
“Harap hantarnya ke zoo. 59kg bertahun-tahun usia dia, jangan bunuh. Kalau bertelur mesti ada jantan,” kata seorang pengguna.
“Kasihan melihatnya,” luah Bara Koely.
“Bertelur maknanya ada jantan,” ujar Ayu Raza.
Sumber – KOSMO! ONLINE