Anak direman kes bunuh ibu sendiri

Oleh – Syeikh Baran


Anak direman kes bunuh ibu sendiri
Majistret menetapkan suspek berusia 33 tahun itu direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 2 Julai depan.

Seorang lelaki yang dipercayai membunuh ibunya sendiri dalam kejadian di Bahau, di sini, semalam direman selama tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hoo Chang Hook berkata, perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Norshazwani Ishak di Mahkamah Majistret Bahau selepas membenarkan permohonan polis.



Majistret menetapkan suspek berusia 33 tahun itu direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 2 Julai depan.

Semalam, media melaporkan seorang wanita warga emas maut dipercayai dibunuh anak lelakinya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) mental dalam kejadian kira-kira pukul 11.55 pagi.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button