Baling batu pada bas untuk usik penyokong Perak FC

Oleh – Syeikh Baran


Baling batu pada bas untuk usik penyokong Perak FC
Tangakap layar video berdurasi 14 saat memaparkan satu insiden pergaduhan antara penyokong kelab bola sepak di stesen minyak NKVE.

Mahu mengusik penyokong Perak FC dipercayai punca dua lelaki membaling batu ke arah bas penyokong bola sepak dalam kejadian di di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Ahad lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dalam kejadian itu orang awam telah menahan dua lelaki terbabit sebelum menyerahkan kepada polis.



Menurutnya, mereka kini masih dalam tahanan reman dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

“Tiada motif spesifik tetapi lebih kepada perbuatan nakal mengusik penyokong lawan.

Insiden itu tidak mendatangkan kecederaan dan kerosakan besar,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kajang (IPD), di sini, hari ini.

Hussein berkata, beliau menyeru penyokong meriahkan sukan dengan baik dan harmoni serta elakkan pertelingkahan atau pergaduhan.



“Sama-samalah menikmati sukan bola sepak dalam suasana harmoni,” katanya.

Terdahulu, tular video berdurasi 14 saat memaparkan satu insiden pergaduhan antara penyokong kelab bola sepak di stesen minyak NKVE.

Menerusi satu perkongsian di X, dua video memaparkan sekumpulan individu mengheret seorang lelaki keluar daripada stesen minyak itu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, siasatan mendapati kejadian berlaku semasa bas yang membawa penyokong kelab bola sepak Perak selesai menyaksikan perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.



Kenderaan dinaiki penyokong Perak diserang dengan bsru oleh dua individu bermotosikal sewaktu bas tersebut sedang melalui Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), di sini, Ahad lalu.

Kata beliau, kedua-dua suspek berusia lingkungan 17 sehingga 20 tahun telah ditahan orang awam sebelum diserahkan kepada polis.

Sumber – KOSMO! ONLINE.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button