Dua penjenayah mati ditembak dalam Myvi

Oleh – Syeikh Baran


Dua penjenayah mati ditembak dalam Myvi
Gambar Hiasan

Dua penjenayah ditembak mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan anggota polis di Jalan Permatang Baru, Sungai Lokan di sini, awal pagi tadi.

Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 41 dan 54 tahun disahkan maut di lokasi kejadian kira-kira pukul 2 pagi.



Difahamkan, insiden berlaku semasa sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri dan Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) menemui sebuah kereta jenis Perodua Myvi dalam keadaan mencurigakan.

Ketika diarahkan berhenti bagi tujuan pemeriksaan, suspek bertindak memecut laju sambil melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis.

Polis turut menemukan dua pucuk pistol serta peluru yang digunakan suspek dalam kenderaan terbabit.

Difahamkan, kedua-dua lelaki tempatan itu mempunyai sekurang-kurangnya 12 rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.



Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad ketika dihubungi mengesahkan insiden tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button